Friday, September 30, 2011

tuJuaN saYa joiNT busiNess Premium Beautiful...

Okey, eloklah rasanya saya ceritakan serba sedikit tentang sebab atau objektif utama saya joint biz nie..
1st..sebab tak sanggup nak menanggung beban hutang tiap2 bulan..nampak jer gaji tetap hidup senang..tapi hutang piutang kita siapa yang tahu berapa banyak,kan?
So, itu salah satu sebab saya joint biz nie...antara plan awal saya :
1. Nak settlekan hutang PTPTN ( baru nama dh x blakclist dgn imigresen..so that baru boleh berangan nak melancong ke luar negara! Kalau ada rezeki..)
2. Nak settlekan personal loan...ntah berapa bank ntah! Huhuhu..
3. Nak settlekan car loan..
4. Nak settlekan house loan..(government loan)

Yup!! Itu saja tujuan utama saya mencuba nasib dlm biz nie..xde niat lain..hanya itu sahaja!
Jika diberikan rezeki lebih barulah saya nak fikirkan plan lain..tapi buat masa nie...ini sahaja dlm wish list saya sekiranya saya dikurniakan rezeki dlm bidang nie...
Saya nak settlekan hutang! Saya x nak dibelenggu hutang! Chaiyok3x..pray for my success!!..;-)

yaWW...haNis Haizi in tHe hOuSe..




 Okey, nie masa Hanis Haizi datang ke rumah saya...kiranya mcm temujanji pertama kami laa..
Hanis nie sangat peramah dan dia punya penerangan pasal bisnes Premium Beautiful nie pun sangat jelas dan tuntas..kami laki bini pun paham dgn segala yg diterangkan..

Insya Allah, kami akan mengorak langkag untuk membina kehidupan yg baharu..
Tambahan pula, kalau laa dapat bertukar balik ke Pendang, mr hubby terpaksa struggle cari kerja baru nak menyara hidup kami sekeluarga...lebih tepat lagi nak menampung perbelanjaan dan hutang piutang bulanan kami...

Kami dah nekad nak joint business nie..dan diharap dgn bimbingan dan tunjuk ajar dari leader seperti Hanis, kami mampu mengorak langkah dan meniti anak-anak tangga menuju ke puncak..
Insya Allah, rezeki Allah ada di mana2..yang penting kita perlu berusaha dan berani mencuba..

Yaa Allah Ya Tuhanku..kau permudahkanlah urusan kami ini..
Kau berkatilah segala usaha2 murni kami ini demi sebuah perjuangan untuk membina kehidupan yang lebih bahagia...
Aminn Ya Rabbal Alaminn...


Salam perkenalan...

Assalamualaikummm...
Salam perkenalan dan salam ukhuwah buat semua pengunjung blog saya...
Hari nie bersamaan 1 Oktober 2011 saya dgn ini merasmikan blog baru saya..(blog kedua sebenarnya) sebab saya ada satu lagi personal blog yg lain..yang tu kebanyakan n3 berkisarkan kehidupan saya bersama keluarga dan perjalanan hidup saya sebagai seorang warga pendidik..
Terdetiknya hati nak buat blog nie sebab saya xnak campur adukkan antara kisah hidup/kerjaya saya dgn bidang baru yg ingin saya ceburi ini..
Moleklah kiranya saya perkenalkan serba sedikit ttg diri saya..
Saya merupakan seorang ibu kepada sepasang cahayamata..bekerja sebagai seorang pendidik di kota metropolitan nie...dah 8 tahun kami suami isteri melayari bahtera kehidupan bersuami isteri.
Macam2 dugaan dah kami tempuhi sepanjang tempoh 8 tahun nie...nak2 lagi psl masalah kewangan..
Lately, rasa sgt tertekan dgn masalah di tenpat kerja di samping kerenah anak2 murid yg begitu mencabar kesabaran diri..
Penat,longlai,letih,lesu...berdepan dgn semua tekanan yg kadangkala menyebabkan saya terlalu emosional dan diserang migrain yg sangat teruk!
Hinggalah pd suatu malam saya tak dpt melelapkan mata..saya on lappy dan connect internet...terus google2 cari blog yg boleh menaikkan semangat dan motivasi diri..
X sangka akhirnya bertemu kembali dgn blogger a.k.a usahawanita terkenal dlm business korset wanita iaitu Premium Beautiful Corset...beliau yg saya maksudkan tak lain x bukan ialah saudari HANIS HAIZI...
Bagi yg dah baca kisah dia mesti tahu betapa berjayanya beliau sekarang..dlm usia yg muda dah boleh hidup senang lenang tanpa memikirkan masalah hutang piutang...
Terus saya hantar e-mail kepadanya...saya ceritakan ttg masalah yg saya hadapi..saya utarakan juga keinginan dan minat saya untuk menjadi berjaya sepertinya...
Tak sangka, Hanis terus reply email saya dan berjanji untuk membantu saya..
Kami pun set date n tempat utk wat appoinment pertama kami...
Malam tu saya tidur dalam keadaan yg sangat gembira dan semangat yg membara!...